Sure ramai yang dah baca berita tentang Tiga Beradik Hilang Dihanyut Kepala Air...kejadian berlaku kat kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul
KUALA
PILAH: Tiga beradik hilang sekelip mata akibat fenomena ‘kepala air’ di
Sungai Ulu Bendul dalam kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, dekat sini,
menyebabkan mereka dihanyutkan air deras ketika sedang mandi, petang
semalam.
Kalau
ikut pengalaman aku yang rajin mandi air terjun ni, bila hujan memang
aku cepat-cepat naik atas tak lepak kat kawasan air even hujan renyai
rintik-rintik pun...sebab yang kita tengok tu cuma hujan dikaki gunung
or bukit tapi kat atas gunung tu sebenarnya hujan yang turun lagi lebat
daripada hujan yang kat bawah tu...orang panggil hujan gunung or hujan
bukit...aku dapat info ni pun dari Orang Asli yang aku jumpa kat Gunung
Ledang waktu camping dulu...diaorang memang banyak experience tentang
fenomena macam ni
Ada
certain kawasan perkelahan contohnya Kawasan Rekreasi Air Terjun Gunung
Ledang setiap kali hujan pihak security akan bunyikan siren & suruh
para pengunjung jangan lepak kat kawasan air...lagipun dulu pernah
terjadi kejadian lebih kurang macam kat Ulu Bendul tu kat Gunung
Ledang...aku pun tak ingat tahun bila tapi yang mati ramai gak...lepas
dari kejadian tu diaorang ambil langkah pasang siren setiap kali hujan
& suruh orang ramai jangan hampiri kawasan air...kena tunggu sampai
hujan berhenti...ada jugak orang yang degil tetap nak mandi tak hirau
bunyi siren
Tapi,
kenapa diaorang tak buat sistem macam tu kat semua kawasan perkelahan
air terjun kat Malaysia ni...takkan nak tunggu ada yang mati kat kawasan
tu baru nak pasang...dengar cerita kat kawasan Ulu Bendul memang tak
pernah terjadi lagi kejadian fenomena kepala air ni...lepas ni sure
diaorang pasang kot sebab dah ada kejadian macam ni...like always...we
are proud to be Malaysian
My
father dulu memang pantang kalau aku & adik-beradik yang lain cakap
nak mandi air terjun bila time-time musim hujan ni...kalau dulu memang
aku memberontak sebab excited sangat nak mandi-manda dengan
member-member...pergi naik basikal pun aku sanggup...lagipun Gunung
Ledang dengan rumah aku tu tak jauh mana pun kalau naik bas...maybe
sebab nak elakkan terjadinya perkara-perkara macam ni sebab tu my father
larang agaknya...insaf-insaf, my father is a hero!
Lagi
satu kawasan air terjun ni memang port muda mudi bercengkerama...ramai
orang yang buat maksiat kat area air terjun...tak kesah lah kat kawasan
air terjun kat mana pun....sure benda yang sama kita nampak...memang
port paling popular maybe sebab free kot tak payah bayar sewa
bilik...suasana pun tenang & damai sambil diiringi deruan air terjun
Apa itu Kepala Air???
Bila
aku search apa makna kepala air ni ada pulak yang buat lawak air dah
naik kepala...dah lain maknanya tu...entahlah tapi yang ni aku dapat
dari sumber Wikipedia bukan lawak-lawak punya
Kepala
air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang
besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama.
Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu
sungai. Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh
membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan
merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya :
--->
Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit)
disertai dengan bunyi guruh yang kuat (senang cerita kalau nampak hari
macam nak hujan tu tak payahlah turun mandi air terjun)
---> Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
--->
Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput
atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air)
--->
Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan
Air Terjun Sekayu, Air Terjun Gunung Ledang...kalau dah dengar bunyi
siren jangan degil-degil nak mandi jugak, cepat-cepatlah naik atas)
SUMBER : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kepala_air
Harap-harap
info ni dapat beri manfaat bagi kita semua...berhati-hatilah kalau nak
mandi air terjun tak kiralah either kanak-kanak or orang dewasa...last
sekali, ucapan takziah untuk kesemua ahli keluarga mangsa 3 beradik yang
terlibat dengan kejadian di Ulu Bendul kelmarin...Al-Fatihah...hope
diaorang tabah menghadapi ujian dari Allah Taala...buat yang lain ada
sesuatu yang boleh kita pelajari...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar