Sejarah Pembinaan Kaabah
Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam
menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa Allah telah
menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000
tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi
dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang
ke tujuh.
Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat
padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur.
Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit ... lainnya »
Sejarah Kerajaan Di Serawak..
*Sejarah purba Sarawak suatu waktu dahulu bermula dengan
penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak yang
membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di
kawasan pesisiran Sarawak. Masyarakat Melayu telah membuka penempatan
mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di
Nusantara suatu waktu dahulu. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan
beberapa bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han Cina di Santubong.
Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh
kerajaan Majapahit. Dika... lainnya »
Sejarah Bukit Besi..
Bukit Besi terletak di Daerah Dungun, 33km dari Bandar Dungun dan 77km
daripada Kuala Terengganu.Bukit Besi menjadi terkenal kerana pengeluaran
bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Bermula pada suku pertama abad
ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring
dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun.
Mengikut cerita, lombong Bukit Besi ditutup kerana bijih besi dikatakan
habis dikaut tentera Jepun. Jika ke sini, anda berpeluang melihat bekas
tinggalan alatan dan kelengkapan melombong bijih besi seperti jajaran
landasan keretapi da... lainnya »
Perang Dunia 1,2 dan 3 Telah Dirancang Sejak 1981?
*Sebenarnya sebagaimana Perang Dunia 1 dan ke 2 telah dirancang, Perang
Dunia ke 3 ini juga telah dirancang dan dalang disebalik Peperangan Dunia
ini adalah Dajjal Laknatullah. Untuk meyakini ini semua adalah perancangan
mereka, mari kita tinjau pengakuan salah seorang wazir Dajjal laknatullah
pada masa lalu yang dikenali sebagai ALBERT PIKE.Siapakah Albert Pike dan
apakah peranannya?Albert Pike (29 Disember, 1809–2 April, 1891)Seorang
peguam, askar, penulis , dan Freemason. Pike ialah satu-satunya pegawai
Confederate military angka diberi penghormatan dengan satu patung lu... lainnya »
Brigade Of Gurkha - Dilahirkan Untuk Berperang
*Gurkha sebenarnya bukanlah Special Force, namun mereka dikenali dengan
reputasinya yang sangat menakutkan. Ada 2 suku di Nepal yang dikenali
masyarakat luas, yaitu Sherpa yang dikenali sebagai suku pendaki / pemandu
di Himalaya, satu lagi Gurkha, yang gemar berperang.Semasa zaman kolonial
british,terjadi Perang di Nepal,Inggris begitu kagum atas kegigihan
mereka.Gurkha kemudian direkrut untuk bekerja dengan East India Company di
India dan British Army.Gurkha terkenal dengan kemampuan berperangnya yang
alami,agresif di medan pertempuran,tidak takut mati,kesetiaan yang tinggi... lainnya »
Sejarah hidup Tok Ku Paloh.
*Latarbelakang*
Nama penuh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus.
Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh. Gelaran lain beliau ialah Engku
Saiyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. Beliau
lahir pada tahun 1233 Hijrah bersamaan dengan1817 Masihi dan meninggal
dunia pada bulan Zulhijjah 1335 Hijrah bersamaan dengan September 1917
Masihi. Ayahnda beliau ialah Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin
al-Aidrus atau dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar di Terengganu.
Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidru... lainnya »
PUTERI MELAYU YANG DILUPAKAN. Part 1
*Buku 101 Puteri Dunia Melayu - Sejarah dan Legenda.*Riwayat sejarah di
negeri Kelantan ada menyebut tentang kisah seorang puteri raja yang sangat
masyhur namanya di bumi Semenanjung Tanah Melayu. Suatu ketika dahulu,
puteri Melayu ini bukan sahaja telah mengangkat martabat bangsa Melayu di
mata dunia, malah baginda juga turut berjaya membuktikan kemampuan kaum
wanita ketika di medan perang mahupun dalam seni mempertahankan diri.
Demi mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Semenanjung Tanah Melayu
dari dijajah oleh pihak musuh, puteri Melayu ini telah bertindak memenggal
kepala s... lainnya »
Siapakah Orang Melayu Pertama Memeluk Islam??
Peta di atas menunjukkan kedudukan negara kota
Malayu dan empayar Srivijaya di Kepulauan Sumatera.
Tersebutlah kisah tentang sebuah kerajaan lama di Pulau Sumatera yang
dikenali sebagai Malayu. Menurut catatan sejarah, lokasi negara kota
tersebut dipercayai terletak di sekitar wilayah Jambi hari ini. Kerajaan
Malayu dikatakan sangat terkenal dengan hasil pengeluaran lada hitamnya.
Kisah kemasyhuran kerajaan Malayu telah sampai ke pengetahuan Khalifah
Mu’awiyah bin Abu Sufian atau Khalifah Mu’awiyah I (661-680 Masihi) -
pengasas dan pemerintah pertama empayar Bani Umayyah yang berpu... lainnya »
Orang Melayu asalnya berkulit gelap??
Rata-rata orang Melayu hari ini berkulit sawo matang atau coklat
kemerah-merahan. Warna tersebut seakan-akan warna buah ciku yang sudah
masak. Istilah ‘orang Melayu’ yang Penulis Blog maksudkan di sini bukan
hanya sekadar meliputi orang Melayu di Malaysia sahaja, tetapi juga orang
Melayu yang terdapat di Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand
dan juga Myanmar.
Namun begitu, apakah pendapat anda sekiranya Penulis Blog mengatakan bahawa
orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dahulukala asalnya berkulit
hitam?. Penulis Blog yakin, tentu ramai yang tidak percaya! Mungkin ad... lainnya »
Betul k Johor dahulu sebuah pulau??
1542 & 1598 Johor Itu Pulau
Lihat peta ini. Sungai Muar bercabang dua. Satu hulunya ke hulu sungai
Pahang. Manakala satu cabang hulunya di sebelah kanan ke kuala sungai
Pahang.
Johor terpisah dari semenanjung.
Tahukah anda?
1. Laluan sungai Muar inilah Hang Tuah melarikan Tun Teja dari Pahang.
2. Laluan ini jugalah angkatan perang Siam dari Ligor menyerang Melaka.
Mereka berhenti di suatu pantai berbatu granit, kemudian memahat batu untuk
dijadikan telaga untuk menakung air tawar. Tempat itu sekarang dikenali
sebagai Batu Pahat.
3. Jika laluan ini masih ada lagi sekarang sebagai se... lainnya »
Kapal layar Melayu Dilukis guna pelan atas pasir
Teknologi Melayu sukar dijangkau akal. Sebenarnya orang luar mengagumi
tukang-tukang kita dalam diam. Pernahkah anda melihat pelan istana2 lama,
kapal-kapal laut atau masjid2 lama yang dibina menggunakan pelan yang
terperinci?
Tahukah anda bahawa Che Ali Ngah (hidup sekitar abad ke-19) seorang pembina
kapal di Pulau Duyong membina Bedar Setia dengan hanya melukis pelan kapal
itu di atas *pasir pantai *sahaja sebelum membinanya!
Akhirnya bedar Setia dengan gahnya membelah lautan mengelilingi dunia.
Di Pulau Duyung telah terkenal dgn pembinaan Pinis & Bedar. Antara pinis
yang telah ... lainnya »
Australia wilayah Melayu ?
En Misteri di Misteri Alam Maya - 2 minggu yang lalu
Adakah dengan seluas ini pengaruh Melayu di Lautan Selatan hingga ke Lautan
Teduh TETAPI pengaruh Melayu tidak sedikitpun mencecah Pulau Benua
Australia? Mustahil pada pemikiran saya! Adakah ini logik? Melayu belayar
hingga ke Pulau Paskah (Easter Island) buat monumen di sana. Berdayung
hingga ke Hawaii tubuh kerajaan di sana. Meredah ombak hingga ke Madagaskar
bina tamadun di sana. Malah sejauh Afrika berdagang di sana. Adakah logik
jika tiada langsung peninggalan warisan Melayu di Australia. Maksud saya di
tanah besarnya, bukan setakat terhenti di Pulau Cocos dan Pulau Chrismas.
S... lainnya »
Kemana menghilang Tulisan Kunlu ?
En Misteri di Misteri Alam Maya - 2 minggu yang lalu
Dinar Emas Pasai Bertulisan Kunlu
Pernah tahu tentang tulisan Rencong? Tentu biasa kan. Pernah dengar dan
lihat Tulisan Kunlu?
Ukiran tulisan yang terdapat pada kupang emas ini diukir dalam bahasa Pasai
yang dikenali sebagai Kunlu, iaitu* bahasa (?) tulisan yang digunakan
sebelum bahasa sanskrit.*
Sejarah awal kupang emas ini dikesan pada zaman awal kemunculan Melayu di
daerah Pasang Utara, Sumatera. Semasa awal terdirinya kerajaan Melaka,
pemerintah Sultan Iskandar tidak mempunyai mata wang sendiri. Maka baginda
menggunakan mata wang saudaranya tuanya kerajaan Pasai dalam urusan ... lainnya »
German guna inspirasi gobek api cipta enjin diesel?
En Misteri di Misteri Alam Maya - 2 minggu yang lalu
Teknologi Melayu Inovasi Jerman (Gobek Api)
Saya membaca artikel yang menarik ini dari Majalah Agro Malaysia Bil 2
Okt-Dis 2010, dan sangat wajar saya kongsikan di sini.
Menurut Dr Rahmat Ghazali, beliau pernah berbual dengan seorang jurutera
dari Jerman yang sangat memandang tinggi penciptaan orang Melayu. Salah
satu ciptaan orang Melayu yang menjadi perhatiannya ialah Gobek Api.
Menurut jurutera ini, sebenarnya teknologi enjin diesel adalah diasaskan
oleh teknologi Gobek Api!
Malah jurutera Jerman ini mahu sahaja menyatakan bahawa orang Melayulah
yang telah mengasaskan teknologi ... lainnya »
Bangsa Misteri Di India.
Ravana seorang Raja bangsa Rakshasa. Ayahnya adalah berbangsa Yaksha.
Artikel in adalah tentang jenis-jenis bangsa purba yang pernah wujud di
India suatu ketika dahulu. Pengetahuan kita tentang bangsa-bangsa purba ini
sebenarnya juga adalah amat penting untuk kita memahami sejarah bangsa
Melayu di Nusantara terutama setelah pembentukan kaum-kaum baru setelah
banjir besar Nabi Nuh. Sebenarnya bangsa-bangsa purba di benua India
dibahagikan kepada dua kelompok. Kelompok pertama adalah kelompok yang
dianggap baik atau suci dan kelompok kedua adalah kelompok yang dianggap
jahat dan k... lainnya »
Misteri di sebalik Vatican City
Pertamanya, timbul satu tanda tanya, mengapa Pusat terbesar pentadbiran
Gereja Kristian Katolik adalah di Vatican City, Rome, Italy? Kenapa bukan
di tempat lahir dan mengajarnya Nabi Isa a.s (dalam Bahasa Arab) , Yesus
(Bahasa Melayu), Jesus (Bahasa Inggeris), atau nama sebenarnya iaitu Yeshua
(Bahasa Ibrani)? Sepertimana kita ketahui, Yesus lahir di Bethlehem (dalam
bahasa Arabnya Baitul Laham), Palestine. Dan ada juga pendapat mengatakan
Yesus lahir di Nazareth. Maka mengapa tidak tertubuhnya pusat pentadbiran
Katolik di sana?
Jika pusatnya di negara lain tidak mengap... lainnya »
SEJARAH KERAJAAN ISLAM SRI WIJAYA
Pemandangan Gunung Jerai yang dilihat dari Pantai Merdeka, Kedah
--------------------------------------------------------------
Kedatangan Sharifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya, DYMM Raja
Merong Maha Wangsa ke Kedah untuk menyebarkan agama Islam keseluruh
Nusantara. Gerombolan mereka datang ke Kedah dengan Kapal Arang beserta
candi batu berlubang ditengah untuk memacak bendera atau panji kalimah
syahadah berwarna merah dan gambar naga berwarna hijau. Candi batu
berlubang tersebut kini disimpan oleh pihak muzium negeri Kedah. Sebelum
kedatangan baginda bersama isterinya,... lainnya »
Asal usul kerajaan Islam Daerah Pattani Dan Legeh Kelantan
ejarah realiti pembukaan Negeri Pattani ialah sebenarnya dibuka oleh Puteri
Sultan Kedah Syburi Benua Siam Kedah DYMM Sultan Syeikh Ali @ Tabim Sheikh
Ali pada tahun 1546M. Puteri Syburi tersebut digelar dengan nama Nang Che
Yam. Sila rujuk buku sejarah DGE Hall (History of South East Asia). Dalam
hikayat Pattani menyebut namanya sebagai Ratu Hijau. Dalam penulisan
Thailand ayahnya digelar Tabim Shwehti. DYMM Sultan Syburi Kaifa Tabim
Syeikh Ali dengan bantuan tentera upahan Portugis @ Bugis telah meluaskan
empayar Kedah Merong Maha Wangsa dari Martaban ke Pegu iaitu dari utara
Myn... lainnya »
Empayar Kedah Tua MERONG MAHA WANGSA
KEDAH sebuah empayar yang berdaulat dan mempunyai keluasan dari Hanoi
hingga ke Perth, Australia dan Tasmania. Pulau Hainan ialah sempadan
meritimnya dengan kerajaan CHINA, manakala Pulau Sanglang @ CEYLON (Sri
Lanka) ialah sempadan meritimnya dengan kerajaan Islam Delhi Moghul INDIA.
Manakala selatan bandaraya Chittagong iaitu kerajaan Islam Melayu
Tenangsari @ TENASSARIGN (Myanmar) hingga ke kepulauan Pasifik juga
merupakan kawasan Empayar Teratai ini. Sebab itulah kita dapati bangsa
Polynesia, contohnya kepulauan Fiji, Jepun, Taiwan dan di Pulau Hainan ada
setengah perkataannya ... lainnya »
Penemuan Terbaru - Patung gergasi Firaun Amenhotep III
Para ahli arkeologi menemui sebuah patung gergasi kepada Firaun terkenal
Mesir, *Amenhotep III*, di kuil persemayamannya di kota Luxor, selatan
Mesir, menurut pihak berkuasa barangan purba pada hari Selasa.
Patung setinggi 13 meter tersebut ditemui terkubur dalam tujuh bahagian di
kuil persemayaman Amenhotep III di Kom al-Hitan.
Patung itu merupakan salah satu dari dua patung yang ditempatkan di pintu
masuk utara kuil dan kemungkinan hancur ketika gempa yang melanda pada
tahun 27 SM, menurut pernyataan pihak berkuasa barangan purba.
"Kumpulan arkeologi kini sedang bekerja... lainnya »
Tidak ada komentar:
Posting Komentar